Thursday, November 11, 2010

Amalan hamba


SUBUHKU

Sungguh masjid-masjid itu merintih dan mengeluh kerana dijauhi oleh kebanyakan umat Islam ketika solat subuh dilaksanakan.Kalau bukan kerana ketentuan Allah bahawa makhluk-makhluk yg mati tidak boleh berbicara, sudah tentu manusia akan mendengar suara rintihan dan keluhan masjid itu kpd Allah yg maha agung.Makmum yg hadir  solat subuh majoritinya orang-orang yg telah lanjut usia, itu pun hanya segelintir sahaja.Di manakah kaum muda kita? Kenapa kita mampu menghadiri program-program yg begitu banyak hadirinnya bahkan sangat berdisiplin dari mula hinggalah tamat program, tetapi kita tidak mampu menghadiri jemaah solat subuh di waktu pagi buta itu?

Tidak tahukah kita bahawa Rasulullah telah bersabda : “Solat yg paling berat bagi orang-orang munafik adalah solat isyak dan subuh.”[hadis riwayat imam Ahmad].

Dalam riwayat yg lain pula : “Solat terberat bagi orang-orang munafik adalah solat isyak dan subuh.Padahal seandainya mereka mengetahui pahala pada kedua solat tersebut, tentu mereka akan mendatanginya walaupun harus merangkak”. 

Diriwayatkan dari Abullah bin Mas’ud, ia berkata : “Kami melaksanakan solat subuh berjemaah bersama Nabi dan tidak ada yg tidak ikut serta melainkan orang yg sudah jelas kemunafikannya.”

Diriwayatkan dari Ibnu Umar, ia berkata : “Apabila kami kehilangan seseorang dalam solat subuh dan isyak, kami berprasangka tidak baik padanya.” 

Imam Muslim, Ahmad dan yg lain meriwayatkan, bahawasanya Rasulullah bersabda : “Dua rakaat solat subuh lebih baik daripada dunia dan seisinya.” 

Sabda Rasulullah lagi : “Sesiapa yg melaksanakan solat isyak secara berjemaah, maka ia seperti solat separuh malamnya, sesiapa yg solat subuh berjemaah, maka ia seperti solat sepanjang malamnya.” 

Umar Al-Khattab pula berkata : “Sungguh, solat subuh berjemaah itu lebih aku sukai daripada solat sepanjang malam.”

Dilaporkan oleh Imam Bukhari pula : “Sesiapa melaksanakan solat subuh dan asar, ia masuk syurga.”

Tidak tersentuhkah hati-hati kita dengan ayat-ayat di atas? 

Persoalannya, kenapa kita boleh tunaikan solat fardhu yg lain di awal waktu bahkan di masjid,  tetapi kenapa solat subuh tidak begitu? Inilah kayu ukur sebenar samaada kita benar-benar ikhlas dan beriman kpd Allah atau tidak.Aku x nafikan di Jordan ni waktu subuhnya awal berbanding M’sia  dan waktunya juga berubah ikut musim.Persoalannya, apa bezanya? Aku x nafikan musim sejuk memang sangat mencabar dan menguji, tetapi sejauh manakah usaha kita untuk memenuhi segala perintah dan tuntutan dari yg maha agung? Biasa x kita dengar  bahawa raja yg terbaik dan ketua tentera yg terbaik yg pernah menakluk konstantinopel adalah seorang yg x pernah tinggal solat subuh berjemaah dan solat malam sejak dari umur balighnya? Rasulullah da sebut-sebut perkara ni  sebelum raja tersebut lahir lagi. Hebat x die? Sudah pasti. Ke mana hilangnya ruh jihad kita kawan-kawan? Ke mana perginya semangat berkobar-kobar kita ? Jadilah lelaki sejati dihadapan Allah dan Rasulullah.Mahukah kita hanya sekadar solat fardhu di rumah dan kekadang solat di akhir waktu? Tanyalah iman kita kawan2.Semua itu ada nilainya di sisi Allah, dari sekecil-kecil amalan hinggalah ke sebesar-besar amalan.X malukah kita digelar munafik dihadapan Rasulullah kelak? Jangan bagitu kawan. Golongan Munafik kedudukannya lebih teruk daripada org kafir. Jika kita punya iman, walaupun hanya sedikit, sudah pasti kita tidak akan meremehkan segalanya ini. Kerana mati di dunia dan dihidupkan kembali di akhirat merupakan satu persoalan yg sgt besar, malah maha besar! Oleh itu, sudah pasti kita akan mengambil serius persoalan penting ini. Hanya dengan iman sahaja mata hati kita tidak akan menjadi buta. Allah Taala berfirman  [dalam surah Al-Hajj,22:46], maksudnya : “Maka tidakkah mereka berjalan di atas muka bumi ini agar ada bagi mereka hati yg dapat mereka berfikir dengannya, atau telinga yg dapat mereka mendengar dengannya, maka sesungguhnya tidaklah buta mata mereka itu tetapi yg buta ialah segala hati yg ada di dalam dada!.” Maka iman ialah titik tolak Berjaya atau gagal seseorang itu. Nak berjaya? Jom solat subuh berjemaah di masjid kawan-kawan !

Aku  x nafikan keutamaan solat fardhu yg lain tetapi  Rasulullah sering tekankan tentang solat subuh sehinggakan Rasulullah jamin syurga bagi org yg solat subuh berjemaah di masjid. Ingatlah permulaan yg baik pasti pengakhirannya juga baik, maka mulakanlah pagi kita dgn amalan yg disukai dan dijamin syurga oleh Allah dan Rasulullah dgn solat subuh berjemaah di masjid, InsyaAllah urusan hidup kita akan dipermudahkan oleh Allah sehinggalah ke solat subuh keesokannya. Didik diri dan seru org lain.Pasti penuh jemaah solat subuh di setiap masjid-masjid di alam ini.InsyaAllah!

Ingatlah, Allah hanya mahu melihat kesungguhan kita , tiada jalan mati bagi sesiapa yg mahu.Allah S.W.T. berfirman  [dalam surah Al-Ankabut, 29:69], Maksudnya : “ Dan orang yg bermujahadah (berjuang,berjihad,berusaha,dan bersungguh-sungguh) pada pihak Kami, maka pasti dan pasti Kami (yakni pihak Allah Taala) akan tunjukkan mereka jalan-jalan Kami.”

Kita berikan apa yg terbaik dalam kemampuan kita , Allah akan sempurnakan apa yg kita x mampu. Allah hanya mahu melihat kesungguhan kita , selebihnya bak kata Nabi Syu’aib a.s. yg tercatat dlm surah Hud ayat 88, maksudnya : “Sesungguhnya aku hanya menginginkan islah setakat mana dayaku, dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan Allah, kepadaNya aku bertawakal dan kepadaNya aku kembalikan (urusan ini).”







»»  read more

Sunday, November 7, 2010

CINTA ALLAH DAN CINTA MANUSIA


Rasa CINTA adalah kurniaan Allah.Ingin cinta dan dicintai adalah naluri setiap manusia.Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad memerlukan makanan.Oleh kerana cinta itu adalah fitrah, maka tentulah tidak salah untuk merasai dan menikmatinya.Jika salah, masakan Allah memberi  kita rasa cinta?
Sesungguhnya hati, ruh  dan akal kita hanya akan tenang apabila cintanya ditumpukan 100% kepada Allah S.W.T.Segala perbuatan,tindakan,percakapan, fikiran semuanya ada tautan dengan cinta kepada Allah.Tidak ada satu pun yang lahir dari hati kita tanpa ada tautan dengan cinta Allah.Maka segalanya akan mendapat kemudahan dan ketenangan dalam kehidupan seharian kita.
Sebab itu kita disarankan berniat dalam setiap tindak tanduk kita agar kita sentiasa dalam lingkungan cinta Allah.Apabila tindak tanduk kita berdasarkan cinta kepada Allah nescaya semua makhluk akan mencintai kita.Bertepatan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Malik,Bukhari dan Muslim.
Dari Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :
“Sesungguhnya apabila Allah mencintai seorang hamba maka Dia memanggil malaikat Jibril a.s. lalu berkata, ‘Sesungguhnya Aku mencintai si fulan dan untuk itu cintailah dia’.Kemudian baginda melanjutkan, lalu Jibril berseru dilangit lalu berkata, ‘Sesungguhnya Allah mencintai si fulan, maka cintailah dia’, lalu penduduk langit mencintainya.Kemudian ditanamkan sifat menyambut baik terhadap hamba itu di bumi.Sebaliknya Apabila Allah membenci seseorang, maka ia memanggil Jibril dan berkata , ‘Sesungguhnya Aku membenci si fulan, maka bencilah ia’.Kemudian Nabi melanjutkan, lalu Jibril pun membencinya seraya berseru dikalangan penduduk langit, ‘Sesungguhnya Allah membenci si fulan, maka bencilah ia’.Lalu ditanamkan sifat benci terhadap hamba tersebut dikalangan penduduk bumi.”
Menurut Imam Muslim, dari Suhail bin Abi Shalih, ia berkata yang bermaksud :
"Ketika kami sedang berada di padang Arafah, Umar bin Abdul Aziz lalu dihadapanku di mana ketika itu dia sedang melakukan manasik haji.Lalu orang ramai berdiri untuk melihatnya.Kemudian aku berkata kepada ayahku, 'Ayah, sungguh aku dapat mengetahui bahawa Allah mencintai Umar bin Abdul Aziz'.Bapaku bertanya.'Mengapa engkau dapat menyimpulkan hal itu?' Aku menjawab : 'Kerana ada perasaan cinta kepadanya di hati banyak orang'."

Begitulah keadaannya kita apabila Allah membenci atau mencintai kita.Sekiranya Allah mencintai kita maka ramai orang akan cintai kita dan begitulah sebaliknya.Jadi, persoalannya adakah kawan2 kita cintakan kita? tanyalah Jibril…. (lawak je).mungkin di situ ada kekeruhan cinta antara kita dengan Allah.Tetapi adakah cukup kita katakan kalu kawan cintakan kita bermakna Allah dan penduduk langit mencintai kita?adakah itu indikatornya? Tidak semua kawan kita yang ikhlas bersahabat dengan kita betul x?hmmmm….kekadang mereka respek kita, kekadang mereka memperkecilkan kita, kekadang mereka mengumpat kita di belakang, penduduk di bumi yang bagaimanakah yang dikatakan mencintai kita apabila Allah mencintai kita? Persoalan yg sangat besar di situ.bersama-samalah kita fikirkan. Adakah kita perlu terus perbaiki diri dan betulkan niat agar apa yg kita lakukan berdasarkan cinta kepada Allah sehinggalah kita dapati semua orang cintakan kita? Sekadar yang mampu aku simpulkan ialah kita perlu melihat kepada sirah Rasulullah.Bagaimana baginda dicintai oleh sahabat2 baginda sehingga sanggup mati kerana baginda.Itulah erti cinta yang sebenar di antara Rasulullah dan sahabat2nya. “Berkorban apa saja, harta ataupun nyawa, itulah kasih mesra, sejati dan mulia”.
Kita tidak boleh menafikan fakta bahawa hati baginda telah dicuci oleh malaikat ketika baginda kecil.Kita tidak boleh menafikan fakta bahawa baginda ditidurkan oleh Allah di dalam perjalanan ketika baginda ingin menyertai pesta kaummnya di malam hari.Apa maksudnya? Hati baginda suci.Terhindar dari segala kotoran dosa dan maksiat.terhindar dari segala niat dan sangka buruk terhadap sesama manusia.Maka inilah langkah utama kita untuk mendapatkan cinta Allah dan cinta manusia.Sucikanlah hati kita.Sucikanlah lidah kita.Sucikan lah tindak tanduk kita.Nescaya cinta yang kita harap2kan itu pasti akan hadir.Pasti hadir.Adakah kita yakin dengan langkah utama ini? Didiklah diri kita dan seru orang lain. Mudah-mudahan hidup kita subur dengan cinta sesama manusia dan yang paling penting Allah dan penduduk langit mencintai kita semua.InsyaAllah.
»»  read more

Saturday, November 6, 2010

ahlan wa sahlan..

bismillahirrahmanirrahim..

ahlan wa sahlan wa marhaban bikum alaikum jami3an...

alhamdulillah,akhirnye blog ini dapat d tubuhkan..

moga sama2 dapat manfaat dan ilmu daripadanya..

~bercinta kerana allah~

»»  read more
 
Copyright @ 2009 bercinta kerana allah: November 2010 | Original Template: Minima Black | Modifikasi oleh NATALUDIN | Top