Monday, January 24, 2011

Batu Besar

Mungkin anda sudah mendengar cerita ini, hanya sebagai refresh sahaja.

Satu hari seorang pensyarah sedang memberi kuliah tentang pengurusan masa kepada mahasiswa. Dengan penuh semangat ia berdiri depan kelas dan berkata. “Okay. Sekarang masa untuk quiz.” Kemudian ia mengeluarkan sebuah baldi yang kosong dan meletakkannya di meja. Kemudian ia mengisi baldi tersebut dengan batu-batu yang besar.

Dia terus mengisi batu sehingga tidak ada lagi batu yang muat untuk dimasukkan ke dalam baldi, dia bertanya pada kelas, “Menurut anda, adakah baldi ini sudah penuh?” Semua pelajar serentak berkata, “Ya!”

Cikgu bertanya kembali. “Betulkah”? “Kemudian dari dalam meja ia mengeluarkan sebekas batu kerikil kecil, lalu menuangkan kerikil-kerikil itu ke dalam baldi lalu menggoncang-goncang baldi itu sehingga batu kerikil itu turun ke bawah mengisi celah-celah kosong di antara batu-batu besar.

Kemudian, sekali lagi ia bertanya pada kelas, “Ok, adakah sekarang baldi ni dah penuh?” Kali ini para pelajar terdiam. Seseorang menjawab, “Mungkin tidak.” “Bagus..” sahut pensyarah.

Kemudian dia mengeluarkan sekantung pasir dan menuangkannya ke dalam baldi. Pasir itu jatuh mengisi di celah-celah ruang kosong antara batu dan kerikil. Sekali lagi, ia bertanya pada kelas,
“Baiklah, sekarang baldi ini sudah penuh?”
“Belum!” jawab seluruh kelas.

Sekali lagi dia berkata, “Bagus…” Kemudian dia mengeluarkan sebotol air dan mulai menuangkan airnya ke dalam baldi sampai ke penuh.

Ok sekarang lihat eksperimen kedua saya,dia pun memasukkan air terlebih dahulu sehingga , kemudian meletakkan sekantung pasir dan batu kerikil. Baldi itu kelihatan sudah penuh sehingga dia hanya dapat meletakkan sedikit sahaja batu-batu besar. Banyak lagi batu besar tidak dapat dimasukkan ke dalam baldi. Dia cuba menyumbat dan menggoncang baldi tetapi masih ada banyak lagi baki batu besar yang tidak boleh dimasukkan.

Lalu dia berpusing ke kelas dan bertanya, ‘Tahukah anda apa maksud illustrasi ini?”
Kenyataan dari batu dan baldi ini mengajarkan pada kita bahawa:
Bila anda tidak memasukkan “batu besar” terlebih dahulu, maka anda tidak akan boleh memasukkan semuanya.”

Apa yang dimaksudkan dengan “batu besar” dalam hidup anda? keluarga anda, pelajaran anda,ibadat anda, pekerjaan anda dan perkara yang penting dalam hidup anda seperti kesihatan anda, kawan-kawan anda dan yang seharusnya dijadikan prioriti utama dalam hidup anda.

Ingatlah supaya memasukkan “Batu Besar” dahulu sebelum batu-batu kecil atau anda akan kehilangan semuanya. Bila anda mengisinya dengan perkara-perkara kecil (seperti kerikil dan pasir) maka hidup anda akan penuh dengan perkara-perkara kecil yang merisaukan dan ini sepatutnya tidak perlu seperti bermain games,facebook, melepak dan sebagainya sehingga masa anda terbuang begitu sahaja sehari sedangkan anda tidak memenuhkan ‘baldi’ anda dengan batu besar.

Kerana dengan demikian anda tidak akan pernah memiliki masa yang cukup untuk perkara-perkara yang besar dan penting.

Oleh kerana itu, setiap pagi atau malam, ketika akan merenungkan cerita pendek ini, tanyalah pada diri anda sendiri: “Apakah batu besar-batu besar dalam hidup saya?” dan buatlah perkara itu dahulu.
»»  read more

Fikirlah


Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !
»»  read more

Karisma - UTeM

BAGI mencapai matlamat melahirkan golongan generasi muda berkepemimpinan dan berketrampilan, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) meluluskan penubuhan Sekretariat Kumpulan Rakan Siswa Malaysia (Karisma), baru-baru ini.

Penasihat Karisma UTeM, Ruzaiman Abdul Rahman berkata, sekretariat itu membina keperibadian pelajar unggul selain memberi pendedahan kepelbagaian aspek membabitkan budaya, teknologi, komunikasi dan kesenian.

Beliau berkata, penubuhan itu penting bagi melahirkan kumpulan sokongan yang berkarisma dan berdaya saing serta mempunyai ilmu mantap.

"Karisma menjadi wadah kepada UTeM melahirkan mahasiswa berkebolehan di pasaran tempatan dan global.

"Ia selaras hasrat pelbagai pihak mahu melihat mahasiswa sebagai komuniti pengganti masyarakat yang mampu mentadbir negara.

"Semoga dengan penubuhan Karisma, ia membantu institusi melahirkan graduan serta masyarakat tersohor pada masa depan," katanya. Karisma di bawah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKKM).


Pelbagai pendedahan akan melahirkan mahasiswa bermoral, beretika, berpegang teguh kepada nilai agama dan mempunyai sikap progresif serta minda kelas pertama, selain berpegang kepada konsep berpersatuan seperti kepemimpinan, komunikasi, berpasukan dan kesukarelawanan.

Keahlian Karisma terbuka kepada mahasiswa UTeM dan peserta dilatih Jasa untuk mengikuti Kem Rakan Siswa.

Antara aktiviti Karisma termasuk bicara tokoh, merakyatkan seni dan budaya bangsa, merentas kampus, lawatan ke universiti luar negara, seminar peningkatan kualiti mahasiswa, khidmat siswa ke Sabah dan Sarawak, sukan antara universiti serta penjelasan mengenai isu semasa negara.

laman web rasmi UTeM : http://www.utem.edu.my/
»»  read more

Bagaimana menjaga gigi anda?

10 Langkah Penjagaan Gigi Yang Efektif

1 ) Istiqamah memberus gigi dengan cara yang betul dan kalu boleh setiap kali selepas makan.

-Apabila kita tidak memberus gigi secara menyeluruh sisa makanan yang melekat pada permukaan gigi akan diproses oleh bakteria untuk membentuk asid dan akhirnya akan merosakkan permukaan gigi hingga menghasilkan sebuah fenomena yang dinamakan karies gigi atau gigi berlubang.
-Sekurang-kurangnya beruslah gigi selama 2 minit lengkap.Bahagikan mulut kepada 4 bahagian.Setiap bahagian 30 saat.
-Pastikan hujung berus membersih permukaan bawah gusi sehingga tiada lagi sisa makanan tersumbat agar tidak terbentuk plak atau karang gigi suatu hari nanti.
-Pastikan Berus gigi yang digunakan adalah jenis lembut (soft bristled toothbrush) bagi mengelakkan gusi berdarah.
-Jangan lupa ye gosok gigi sebelum tido dan selepas bangun dr tido, mcm yg mak bapak kita selalu ckp sbb waktu kita tido air liur x bnyk mengalir untuk protect gigi kita dr serangan bakteria.
-Dan jangan sesekali kita tinggalkan sunnah Rasulullah yang mulia iaitu bersugi, terutamanya setiap kali hendak solat. Besar pahalanya.




2) Pilih ubat gigi yang bagus 

-X perlu guna banyak ubat gigi setiap kali memberus gigi sebab ubat gigi yg banyak boleh menghasilkan buih yg banyak dan kebanyakan pengguna tertipu dgn buih yang banyak langsung yakin bahawa gigi mereka sudah bersih walhal hakikatnya tidak.
-Gunakan ubat gigi yg berfluoride kerana fluoride mampu mencegah proses pereputan gigi.
-Sesiapa yg belum pernah mencuba  ubat gigi yg berasaskan serbuk baking soda cubalah.
-Kalu boleh dapatkan ubat gigi yg ada cop ADA (American Dental Association) sbb kandungannya selamat digunakan dan berkesan.
-Apa yang penting ubat gigi anda halal lagi baik.

3) Memberus lidah

-Fungsinya untuk mengelakkan bau mulut yang x menyenangkan dan sangat sesuai diamalkan oleh orang yg mempunyai nafas yang busuk.

4)Mengamalkan floss sekurang-kurangnya 2x sehari.

-Floss adalah sebagai alat bantuan kepada berus gigi kerana ia mampu mencapai kawasan yg x boleh dicapai oleh hujung berus gigi terutamanya di kawasan celah gigi (permukaan celahan antara 2 gigi)


5) Irrigate poket antara gusi dan gigi dengan menggunakan cannula tip dan cecair antimicrobial.

-“Irrigation” dengan menggunakan cecair antimicrobial mampu menyingkirkan sisa makanan yg tersumbat di bawah permukaan gusi.Sisa makanan ini sangat bahaya kerana ia akan menjadi habitat bacteria lalu merosakkan struktur sekeliling gigi.
-Cara ini dapat menghentikan pereputan gigi  yg berlaku dalam poket antara gusi dan gigi.
-Anda boleh mendapatkan bantuan dentist untuk melakukan “irrigation” ini.

6) Selalu berjumpa dengan doktor gigi tetapi pilihlah doktor gigi dengan bijak.

-Pilih doktor gigi yang bagus yang mampu memberikan rawatan yang anda mahukan.
-Jelaskan masalah gigi anda kepada doktor gigi dan jangan takut untuk bertanya.
-Minta penerangan doktor gigi tentang bagaimana untuk mejaga kesihatan gigi dan gusi secara maksimum.
-Jika dentist tidak menjelaskan persoalan anda tentang masalah gigi yang sedang anda hadapi dengan baik atau tidak memberikan khidmat rawatan gigi yang bagus maka eloklah anda pergi ke dentist yang lain.
-Bertanya kepada dentist tentang rawatan kosmetik yang sesuai untuk meningkatkan penampilan gigi anda agar lebih menarik dan mampu memberikan senyuman yang menawan.
-Seelok-eloknya jumpalah dentist setiap 6 bulan atau mengikut saranan dentist yang sedang merawat anda.

7) Mengamalkan pemakanan yang seimbang berdasarkan pyramid makanan.

-Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula
-Kurangkan makan jajan
-Amalkan xylitol chewing gum kerana mampu mencegah karies dan plak gigi.
-Ikutilah sunnah diet Rasulullah S.A.W.

8) Elakkan daripada merokok

-Merokok meningkatkan risiko kanser mulut dan tekak

9) Elakkan daripada mengunyah benda keras

-Boleh menyebabkan gigi retak atau patah

10) Memakai pelindung mulut apabila bersukan

-Untuk mengelakkan kecederaan pada gigi dan gusi akibat daripada trauma semasa bersukan...mcm boxing.
»»  read more

Sunday, January 23, 2011

Masalah Gigi

Q: Saya memberus gigi setiap hari tetapi kenapa gigi masih rosak?

Kemungkinan besar cara anda memberus gigi tidak betul (tidak membersihkan semua permukaan gigi secara menyeluruh) dan ini menyebabkan plak tidak dapat disingkirkan dengan sempurna dan lama-kelamaan bakteria merembeskan asid yang membuat gigi anda berlubang serta merosakkan struktur sekeliling gigi (gigi bergoyang)

Q: Kenapa gigi saya sensitif apabila saya minum air sejuk atau apabila terkena angin?

Terdapat beberapa sebab gigi anda boleh menjadi sensitif :

1. Terdapat hakisan pada gigi anda akibat dari pemberusan gigi yang kuat dengan menggunakan berus gigi yang berusnya keras (Disyorkan memberus gigi menggunakan berus gigi yg lembut-soft bristles)
2. Akar gigi anda terdedah akibat dari gusi anda telah menurun (attachment loss)
3. Tampalan pada gigi anda bocor (leakage)
4. Gigi yang mempunyai karies (berlubang)

Q: Adakah gigi saya menjadi nipis jika saya membuat pencucian gigi yang kerap di klinik gigi?

Tidak. Pencucian gigi (scaling) oleh doktor gigi hanya membuang plak dan karang gigi yang melekat di permukaan gigi anda dengan cara getaran. Gigi anda tidak boleh terhakis dengan cara ini.

Q: Kalau gigi tidak sakit mengapa perlu berjumpa doktor gigi?

Berjumpa dengan doktor gigi bukan hanya apabila mempunyai masalah gigi tetapi juga untuk mengelakkan dari mempunyai masalah gigi. Dengan berjumpa doktor gigi,anda boleh pastikan yang gigi anda sihat dan bebas dari masalah. Gigi anda akan dapat bertahan lama sampai anda tua. (sediakan payung sebelum hujan)

Q: Berapa kerap saya perlu berjumpa dengan doktor gigi?

Masa yang disarankan ialah setiap 6 bulan tetapi semuanya bergantung kepada keadaan gigi anda. Sekiranya anda tidak mempunyai masalah gigi yang teruk, maka 6 bulan adalah memadai. Tetapi sekiranya anda mempunyai masalah gigi, anda hendaklah mengikut saranan doktor gigi anda. (boleh jadi setiap 3 bulan @ setiap 6 bulan @ setiap 12 bulan)

Q: Bolehkah gigi yang bergoyang kuat semula?

Tidak boleh. Gigi yang bergoyang adalah disebabkan oleh tulang yang memegang gigi telah rosak dah hilang sedikit demi sedikit. Tulang gigi tidak boleh tumbuh semula apabila telah rosak sama seperti gusi.

Q: Adakah gigi yang sakit perlu dicabut? 

Tidak semestinya. Ada perbagai pilihan lain untuk rawatan gigi yang sakit seperti tampalan sementara, tampalan kekal, rawatan saraf separa , rawatan saraf penuh atau pencucian gigi .Ini bergantung kepada keadaan gigi anda. Jangan lupa bertanya keada doktor gigi anda tentang pilihan rawatan.

Q: Adakah saya tidak boleh berjumpa doktor gigi semasa mengandung?

Amat penting bagi ibu-ibu yang mengandung untuk berjumpa doktor gigi semasa mengandung. Disebabkan perubahan hormon, gusi ibu-ibu mengandung amat cenderung untuk mendapat keradangan gusi (gingivitis) yang menyebabkan gusi senang berdarah dan bengkak. Masalah ini dapat diatasi sekiranya penjagaan gigi yang betul diamalkan dah juga pembersihan mulut oleh doktor gigi dilakukan.

Q: Bolehkah saya mencabut gigi semasa mengandung?

Boleh hanya pada usia kandungan 4-6 bulan sahaja. Pada awal dan akhir kandungan, pencabutan gigi tidak digalakkan kerana risiko yang tinggi kepada kandungan.

Q: Kenapa mulut/nafas saya berbau?

Sebab utama mulut seseorang berbau adalah kerana terdapat banyak karang gigi dan plak pada permukaan gigi . Ia juga boleh terhasil apabila seseorang itu tidak membersihkan lidah mereka. Antara sebab lain ialah seseorang yang mempunyai air liur yang kurang akibat dari penyakit atau pemakanan ubat. Bau mulut boleh diatasi dengan memastikan gigi dan lidah diberus dengan betul dan penggunaan ubat kumur (chlorhexidine mouth wash). Bagi mereka yang mempunyai masalah kekurangan air liur, mengunyah gula getah atau menggunakan air liur gantian boleh menyelesaikan masalah ini.

Q: Kenapa gigi saya tidak putih?

Kebanyakkan warna gigi yang asli ialah putih kekuningan. Biasanya gigi akan berwarna sedikit kekuningan di bahagian leher gigi yang berdekatan dengan gusi. Ini adalah kerana lapisan luar sedikit nipis berbanding bahagian lain dan menyebabkan lapisan dalam yang kekuningan terserlah. Ada beberapa sebab mengapa sesetengah orang mempunyai gigi yang sangat kuning/coklat.

1. Kesan sampingan ubat antibiotik tetracycline yang diambil oleh ibu mereka semasa mengandung
2. Kesan dari flurosis (terlebih florida)
3. Kesan dari menghisap rokok yang kerap
4. Kesan dari meminum minuman seperti milo, teh, kopi yang kerap

Q: Selamatkah saya menggunakan pemutih gigi? 

Sebaiknya pergilah mendapat nasihat dari doktor gigi sebelum menggunakan ubat pemutih gigi. Terdapat perlbagai jenis pemutih gigi yang terdapat di pasaran. Salah satu kesan sampingan bahan pemutih gigi ialah gigi menjadi sensitif jadi gunakannya dengan berhati-hati.
»»  read more

Diet

AMALAN pemakanan yang tidak seimbang menjadi penyumbang terbesar kepada masalah kegemukan. Pengambilan makanan berkalori lebih daripada keperluan badan juga penyebab utama masalah ini.

Tenaga ataupun kalori yang berlebihan disimpan di dalam tubuh akan bertukar menjadi lemak. Sebaliknya, jika kalori kurang daripada yang diperlukan badan, maka lemak tadi akan digunakan semula sebagai sumber tenaga. Punca lain yang menyebabkan kegemukan seperti fisiologi, keturunan, sosioekonomi, trauma dan psikologi.


Masalah kegemukan boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan seperti lebih mudah menghidap penyakit berbahaya yang tergolong dalam penyebab utama kematian.

Antara penyakit disebabkan masalah berat badan adalah kencing manis, jantung, darah tinggi, pundi hempedu, penyakit hati, reumatik dan buah pinggang.


Justeru, anda dinasihatkan untuk merancang hidangan bagi memastikan sentiasa mengambil makanan seimbang dan berkhasiat. Banyakkan hidangan yang dimasak menggunakan cara seperti panggang, rebus, kukus, bakar dan kurangkan makanan berminyak dan bergoreng.

Selain itu, rancang juga jadual makan anda iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Jangan sekali-kali abaikan sarapan kerana sarapan sangat penting untuk memberi tenaga terutama kepada anda yang bekerja dan pelajar.

Sarapan juga membantu anda agar tidak terlalu lapar pada waktu tengah hari dan sekali gus menyekat anda daripada makan tengah hari berlebihan.

Menyediakan makanan cara bijak boleh membuat sesuatu hidangan itu lebih berkhasiat:

- Buang lemak pada daging dan kulit ayam.
- Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran segar sebelum dimakan. Elakkan merendam buah-buahan dan sayur-sayuran, sebaliknya gunakan air bersih yang mengalir.
- Jangan memotong atau menghiris kecil buah-buahan dan daun sayur kerana ini boleh menghilangkan khasiat makanan itu.
- Untuk mengekalkan khasiat ubi kentang dan keledek, bersama-sama kulitnya.
- Pastikan air mendidih atau minyak benar-benar panas apabila memasukkan makanan untuk dimasak.
- Kurangkan penggunaan garam, gula dan bahan pengawet dalam masakan anda.
- Jangan gunakan minyak masak berulang kali sehingga warna asal minyak berubah.

Tujuh langkah diet bijak

Ramai mengamalkan diet secara drastik. Tahukah anda bahawa diet begitu boleh memberi masalah lain kepada diri seperti pitam, pengsan, tekanan darah rendah secara mengejut dan fungsi badan berubah secara mendadak.

Pakar kesihatan turut melarang diet drastik ini. Amalkan diet bijak seperti:

Jangan tinggalkan sarapan kerana hendak kurangkan makan. Sarapan penting walaupun hanya secawan oat dan minuman bercoklat panas.

- Kawal pemakanan. Jika sebelum ini waktu tengah hari anda mengambil satu pinggan nasi, kurangkan kepada setengah pinggan. Jangan tinggalkan langsung makan tengah hari.
- Jika sebelum ini anda suka makanan bergoreng, ubah kepada masakan cara merebus, mengukus ataupun panggang.
- Anda gemar makan daging tetapi diet menyebabkan anda tidak mengambil daging. Anda masih boleh menikmati daging tetapi hanya bahagian tidak berlemak.
- Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Ambil makanan rendah lemak, contohnya kopi dan teh tanpa susu pekat dan yogurt rendah lemak.
- Amalkan makan malam tidak terlalu lewat, sekitar jam 7.30 malam. 


Mengira berat badan unggul

Bagi mengetahui sama ada anda mempunyai berat badan unggul atau tidak, ikuti langkah ini:

- Timbang berat badan dalam kilogram.
- Ukur ketinggian dalam sentimeter.
- Kira Indeks Jisim Badan (BMI) dengan menggunakan formula berikut:

BMI = berat badan (kg)
_______________
ketinggian (m) x ketinggian (m)


Jika BMI anda __________ Anda adalah :

-> Kurang daripada 18.5 = Kurang berat badan

->18.5 - kurang 25 = Berat badan unggul

-> 25 - kurang 30 = Berat badan berlebihan

-> 30 dan lebih = Obesiti / gemuk
»»  read more

KHASIAT ZAITUN




"Demi buah tiin dan zaitun. Dan Gunung Tursina". (Surah at Tiin ayat 1 dan 2). Allah telah menyebut di dalam Al Quran berkenaan dengan buah zaitun. Ini menunjukkan buah zaitun juga memiliki banyak keistimewaan tersendiri yang jarang diketahui dan diselidiki. Di dalam Al Quran, buah zaitun disebut sebanyak 7 kali di mana sebanyak 2 kali, ia di sebut bersendirian dan 5 kali lagi ia digambarkan dalam Al Quran bersama dengan buah- buahan lain seperti tamar, delima, anggur dan buah tiin. Gambaran ini menunjukkan betapa banyaknya khasiat buah zaitun sepertimana buah- buahan lain yang mendatangkan kebaikan kepada kehidupan manusia sejagat.

Buah zaitun atau nama botaninya dikenali sebagai olea europea ditanam di kawasan Meditranean tetapi tempat penanaman yang paling utama ialah Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco. Di dalam surah an Nur ayat 35 juga Allah menyebut tentang buah zaitun yang mana ulama seperti Maulana Majid, Maulana Maudoodi, Maulana Usmani, Maulana Haqqani dan Abdullah Yusuf Ali memberi pentafsiran dan pandangan yang sama merujuk kepada tempat dan taburan penanaman buah zaitun.

Dunia moden pada hari ini, melalui kajian- kajian sains semasa mengiktiraf khasiat buah zaitun. Minyak zaitun mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan. Seandainya minyak zaitun diambil sebagai bahan makanan, ia bertindak sebagai penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun. Ia akan membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. Jika minyak zaitun diambil sebagai sapuan luaran, ia bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit. Menurut Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi Muhamad SAW bersabda, " Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati".

Dari sudut pandangan sains pemakanan, minyak zaitun mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagai "monounansaturated" yang mampu merendahkan kolesterol berbahaya di dalam darah. Satu kajian yang telah dijalankan oleh pakar- pakar kesihatan di Institut Sains Kesihatan, Universiti Oxford melihat perkaitan antara kanser dan pemakanan seseorang. Didapati bahawa negara yang mengamalkan pengambilan daging yang kerap dan rendah dalam pengambilan sayur- sayuran mempunyai risiko dan kes penyakit kanser yang tinggi tetapi pengambilan minyak zaitun akan mengurangkan kadar kes tersebut. Dalam Annals of Oncology (10 Januari 2005) menyatakan pakar- pakar sains mendapati diet Meditranean yang kaya dengan minyak zaitun akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser payudara kerana kandungan ‘oleic acid' yang terdapat didalamnya. Menurut Imam Ibn Qayyim Al Jauziyyah, mutu minyak zaitun adalah bergantung kepada pokok yang mengeluarkannya. Sebagai contoh, jenis yang terbaik adalah minyak zaitun yang dikeluarkan daripada buah yang masak, manakala minyak daripada buah zaitun yang belum masak adalah bersifat sejuk dan kering. Buah zaitun yang telah masak ranum, lebih cenderung menjadi panas dan mengurai. Oleh itu, jika ia diproses menggunakan air akan menjadikannya kurang panas, bertindak dengan lembut dan lebih berkhasiat. Walaubagaimanapun, semua jenis minyak zaitun akan melembutkan kulit serta melambatkan proses penuaan. Di samping itu, minyak zaitun dapat melawan racun di dalam badan dengan bertindak sebagai ‘laxative' dan menyingkirkan cacing di dalam badan.

Melihat kepada keadaan dan tahap kesihatan masyarakat kita sekarang, penyakit jantung yang dikenali sebagai pembunuh secara senyap semakin meningkat. Namun begitu, pengambilan minyak zaitun mungkin dapat mencegahnya kerana ia kaya dengan bahan ‘phenol'. Bahan ini mempunyai bahan antioksidan yang tinggi di samping mampu mencegah proses radang dan pembekuan darah. Oleh itu, pengambilan minyak zaitun amat bermanfaat untuk mencegah seseorang daripada menghidapi penyakit jantung. Di samping itu, mutakhir ini, manfaat minyak zaitun untuk kecantikan seringkali dihebahkan di dada akhbar mahupun media elektronik. Ini kerana, banyak syarikat kosmetik yang menggunakan minyak zaitun sebagai bahan asas ramuan dalam pembuatan barangan kecantikan. Oleh itu, sememangnya kelebihan minyak zaitun tidak dapat dinafikan lagi.

Kelebihan minyak zaitun boleh dilihat dalam situasi yang paling dekat dengan kehidupan kita di mana penggunaannya sebagai minyak masak. Walaupun banyak pendapat mengatakan bahawa makanan yang dimasak atau digoreng menggunakan minyak zaitun tidaklah sesedap makanan yang digoreng dengan menggunakan minyak kelapa sawit, namun ia ada kelebihan tersendiri dari sudut kesihatan. Minyak masak selain yang berasaskan buah zaitun apabila digunakan berulang kali menyebabkan jumlah kolesterol teroksida dan menjadi tepu serta tidak elok untuk kesihatan. Kesannya dapat dilihat apabila minyak tersebut memerangkap sisa makanan dan berubah warna dan bau. Namun berbeza dengan minyak zaitun kerana ia boleh digunakan berulangkali, tidak akan mengalami proses pengoksidaan dan menjadi tepu serta tidak akan berubah dari segi warna dan bau. Setelah makan makanan yang digoreng menggunakan minyak zaitun, perut akan terasa ringan dan puas sehingga seseorang akan berhenti makan sebelum kenyang. Ini adalah kerana kesan daripada penguraian tenaga di hati oleh minyak zaitun yang mempunyai banyak kandungan zat yang bermanfaat.

Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi akan keistimewaan buah zaitun yang daripadanya boleh menghasilkan pelbagai jenis barangan dengan teknologi yang ada pada masa kini untuk kegunaan ramai. Sehubungan dengan itu, daripada Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda " Ambillah minyak zaitun dan sapulah ke kulitmu. Ia membantu mengubat tujuh puluh (beberapa) penyakit dan juga Juzam (kusta). Dengan ini, tidak hairanlah, ramai yang mengetahui akan kelebihan buah zaitun, memanfaatkannya sebagai bahan untuk kegunaan asas seperti minyak masak, minyak rambut, barangan kecantikan, sabun dan juga dijadikan sebagai makanan tambahan. Justeru, khasiat yang terdapat pada buah zaitun merupakan anugerah Allah ke atas hamba- hambaNya yang amat bernilai untuk dimanfaatkan kerana bukan sahaja buah zaitun disebut di dalam Al Quran, malah pakar- pakar sains dunia juga mengiktiraf akan keistimewaannya.

Amalkan gaya hidup sihat. tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun dlm masakan berminyak, bersantan, berlemak/kolesterol tinggi (kambing, lembu, kerbau, udang etc). semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dlm badan. juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak2, masalah berat badan...

 MINYAK ZAITUN BOLEH MENCEGAH KANSER, SERANGAN JANTUNG, PERUT BUNCIT?

 Sesuatu yang mengeluarkan cahaya yang terang apabila dibakar tanpa mengeluarkan asap adalah menakjubkan dan itulah hakikat kelebihan minyak zaitun.

Tumbuhan zaitun mempunyai ketinggian 3 meter, berdaun hijau terang dan berbuah ungu gelap. Menurut pengamal hadith, setelah taufan nooh melanda, tumbuhan zaitun adalah yang pertama kelihatan. Buah zaitun kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K dan besi. Buah yang terbaik untuk dimakan adalah daripada Greece, "Kalamata olive" berwarna ungu gelap, berbentuk buah badam dan bersaiz ½" ke 1". Ia dipek dan dipasarkan dalam minyak zaitun atau cuka. Buah2 untuk tujuan ini akan dipetik atau digugurkan tetapi dibiarkan matang untuk penghasilan minyak. Buah zaitun digred mengikut tahun ia diambil dari pokok, jenis dan saiz.

Kebanyakan minyak yang dikomersialkan diproses secara menghapus zat pemakanannya. Adalah penting untuk menggunakan minyak zaitun tulen daripada yang jernih di pasaran. Minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai serangan terhadap penyakit. Ia bukan sahaja menyihatkan tetapi juga menambah perisa dalam masakan.

 Minyak zaitun boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan). Ia merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih sihat. Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ciri2nya yang boleh melembutkan kulit. Ia merupakan minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid yang rendah memudahkan  penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak zaitun merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari. Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku. Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.

 Menurut ulamak Zahbi, minyak zaitun menguatkan rambut dan badan. Ia boleh digunakan sebagai tonik kepada masalah penuaan dan melambatkan prosesnya. Ia boleh juga digunakan untuk mengatasi masalah seksual. Minyak zaitun berkesan dalam mengatasi kes kebakaran dengan mencampurkannya dengan sedikit garam. Jeruk buah zaitun boleh mengatas masalah sembelit.

 Pengambilan lemak yang tinggi berserta minyak zaitun dapat mengurangkan risiko sakit jantung. Menurut Ibnu Al-Qayyim, minyak zaitun adalah peseri wajah. Ia menghalang berlakunya keracunan, mengawal proses penghadaman, mengilatkan rambut dan berkesan untuk bisul, ruam lampin, gatal2 dan ulser yang kronik. Menyapu minyak zaitun dengan sedikit garam pada gusi boleh melegakan penyakit gusi dan gigi.

 Menurut statistik, minyak zaitun merupakan ramuan utama makanan penduduk Mediterranean. Sakit jantung adalah akibat kematian yang tinggi di Amerika Syarikat. Kajian terkini ke atas minyak zaitun mendapati ia boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari dengan merendahkan kadar kolesterol dalam darah. Menurut kajian, risiko serangan jantung boleh dikurangkan dengan pengambilan minyak zaitun, penambahan sayuran dan pengurangan makanan tenusu. Kajian lain mendapati minyak zaitun mengurangkan lemak badan di bahagian perut. Risiko menghidapi sakit jantung berlaku lebih pada mereka yang mempunyai badan dan perut berbentuk epal. Kajian terhadap kolesterol LDL menunjukkan ia menjadi punca utama pembentukan arteriosklerosis. Ini akan menambahkan risiko sakit jantung koronari dan serangan jantung.

 Kajian yang dijalankan ke atas wanita oleh "Harvard School of Public Health" dan "Athens School of Public Health" mendapati amalan mengambil minyak zaitun lebih dari sekali sehari boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payu dara. Kandungan Vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun telah menghalang kemusnahan sel yang menjadi punca kanser. Kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital Universiti "Germans Trias Pujol" di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon. Kajian lain yang dijalankan di Universiti Oxford menambah bukti yang menunjukkan minyak zaitun berkesan dalam membantutkan kanser kolon. Dr Michael Goldacre dan sekumpulan pengkaji dari "Institute of Health Science" membandingkan kanser, makanan dan pengambilan minyak zaitun di 28 negara termasuk Eropah, Amerika Syarikat, Brazil, Colombia, Kanada dan China. Hasil kajian menunjukkan negara yang mempunyai pengambilan daging yang lebih dan sayur yang kurang mempunyai risiko menghidapi kanser yang tinggi. Minyak zaitun dikaitkan sebagai punca kurang risiko. Saintis Jepun mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.

 CARA PENGAMBILAN:

 1. Campurkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan. 
2. Menghilangkan parut bekas jerawat di muka (ratakan campuran 3 sudu teh minyak zaitun dengan 1 sudu teh minyak habbatus sauda pada muka, biarkan selama 3 jam, cuci).
3. Menghilangkan parut pada anggota lain di badan (ratakan campuran 6 sudu teh minyak zaitun dengan 2 sudu teh minyak habbatus sauda pada anggota terlibat, biarkan selama 2 jam, cuci).
»»  read more
 
Copyright @ 2009 bercinta kerana allah | Original Template: Minima Black | Modifikasi oleh NATALUDIN | Top